Monday, June 14, 2010

Lawatan ke MARDI & Bharat Teh Plantions

8.6.10 (Selasa) : Kami semua meneruskan lawatan hari kedua ke MARDI dan Bharat Teh Plantions. Semasa di MARDI kami melihat pelbagai tanaman yang menjadi contoh dan kajian kepada tanaman sekeliling Cameron Highland. Para isteri memilih keperluan cenderamata untuk sanak saudara di kampung halaman. Sejurus jam 12.00 tgh kami meneruskan lawatan ke Bharat Teh Plantions untuk melihat kawasan Ladang Teh.

Sunday, June 6, 2010

Percutian Ke Cameron Highland






7.6.10 (Isnin), kami sekeluarga bertolak ke dari jam 6.30 pagi untuk menuju ke Cameron Highland. Kami bertolak konvoi tiga keluarga ( Keluarga Hj Amin dan Aman). Perjalanan kami di jangka memakan masa 7 jam. Kami berdoa semoga perjalanan kami berjalan lancar dan tenang demi melihat ke Agongan Allah, amin. Jam 3.30 ptg kami sampai di penginapan kami di Desa Authurium. Setelah selesai mengangkat barang dan keperluan di Apartment Blok K, kami semua menjamu juadah yang ada dan berehat seketika. Menjelang jam 5.00 ptg kami semua melawat ke Smoke House dan kawasan sekitar Pasar Brincang.