Tuesday, June 9, 2009

Percutian hari Kelima - 10.06.09






10.6.09 (Rabu) : Aktivti pada sebelah pagi sarapan, pergi pasar Filipina membeli baju, rantai dll yang tertinggal dalam senarai pendek. Jam 11.30 pagi bertolak ke BTPN Sabah untuk berehat sementara menunggu penerbangan jam 9.05 malam. Semoga selamat sampai di Semenanjung Malaysia. Amin.

Percutian Hari Keempat - 9.6.09









9.6.09 (Selasa). Aktivti sebelah pagi membeli udang di pasar dan mandi di kolam renang. Para isteri pergi membeli belah di Pasar Filipina. Pada sebelah petang kami melawati masjid terapung di Likas, UMS, dan 1 Borneo sehingga 7.30 malam. Perjalanan pulang dari 1 Borneo dengan menaiki bas 1 Borneo. Para bapa mencari ikan terubuk, belacan, buah avogado dan kuih dram sabah. Balik ke hotel dan berehat. Jumpa di hari esok, bye...

Monday, June 8, 2009

Percutian Hari Ketiga - 8.6.09














8.6.09 (Isnin): Lawatan ke kaki gunung, perjalanan kami bermula jam 8.00 pagi ke nabalu, kemudian ke Kundasang (Kaki Gunung Kinabalu), Poring, Bunga Reflisia, Gerai-gerai sayur di Pekan Ranau dan yang terakhir Yayasan Sabah. Kami sampai di Hotel jam 6.45 petang. Jumpa di hari keempat.

Sunday, June 7, 2009

Percutian Hari Kedua : 7.6.09






Hari kedua - 7.6.09 (Ahad) : Jam 8.45 pagi pertemuan Ahli Rombongan dengan Abang Nan di Yusuf Cafe. Lebih kurang setengah jam sesi pertemuan ini. Jam 9.15 pagi Abg Nan membantu kami menunjukkan Pasar Gaya di mana pasar ini hanya pada hari Ahad sahaja beroperasi. Kunjungan ke Pasar Gaza hanya terdiri daripada isteri. Jam 12.30 tgh mereka membeli belah keperluan saguhati keluarga di semananjung. Pada sesi petang rombongan ke Masjid dan Muzium Sabah serta Jeselton Point. Pada sebelah malam kami para suami pergi ke mini market untuk mencari keperluan dapur dan pergi ke Pasar Filipina dengan membeli baju, butang baju dan jam tangan Hazmi. Selesai sesi hari kedua, berehat

Saturday, June 6, 2009

Percutian Hari Pertama - 6.6.09
















Hari pertama (6.6.09 - Sabtu) : Pada jam 5.00 pagi Rombongan ke Sabah bertolak ke lapangan terbangan senai. Sementara menunggu check in, kami menunaikan solat subuh berjamaah. Selepas solat, kami semua bersarapan di terminal lapangan terbang senai. Semasa berada di dalam kapal terbang, pelbagai gelagat diperlihatkan oleh ahli rombongan. Selepas mendarat, kami sempat merakamkan peristiwa bersama kapal terbang Air Asia. Setibanya kami di Hotel Marina Court Resort pada jam 10.30 pagi. Kami meletakkan barang di dalam bilik hotel dan terus pergi makan tengahari di Center Point. Lebih kurang jam 12.00 kenderaan sewa kancil sampai dan terus kami meninjau ke kawasan lawatan yang akan di lawati. pada jam 5 petang kami pergi ke pasar Filipina untuk membuat tinjauan harga barangan. Jam 8.30 malam kami pergi sekali lagi membuat tinjaun kawasan muzium dan tanjung aru.Selesai untuk sesi hari pertama.

Friday, June 5, 2009

Percutian 2009 - Sabah (Negeri Bawah Bayu)

Pada 5 Jun 2009, Jumaat petang, kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Johor Bahru (BTPNJ) untuk bermalam. Penginapan di BTPNJ adalah memudahkan kami sekeluarga untuk menuju ke Lapangan Terbang Senai pada jam 4.30 pagi. Penerbangan kami sekeluarga di jangka berlepas jam 7.25 pagi. Semoga perjalanan kami berjalan lancar, Amin.