Saturday, June 6, 2009

Percutian Hari Pertama - 6.6.09
















Hari pertama (6.6.09 - Sabtu) : Pada jam 5.00 pagi Rombongan ke Sabah bertolak ke lapangan terbangan senai. Sementara menunggu check in, kami menunaikan solat subuh berjamaah. Selepas solat, kami semua bersarapan di terminal lapangan terbang senai. Semasa berada di dalam kapal terbang, pelbagai gelagat diperlihatkan oleh ahli rombongan. Selepas mendarat, kami sempat merakamkan peristiwa bersama kapal terbang Air Asia. Setibanya kami di Hotel Marina Court Resort pada jam 10.30 pagi. Kami meletakkan barang di dalam bilik hotel dan terus pergi makan tengahari di Center Point. Lebih kurang jam 12.00 kenderaan sewa kancil sampai dan terus kami meninjau ke kawasan lawatan yang akan di lawati. pada jam 5 petang kami pergi ke pasar Filipina untuk membuat tinjauan harga barangan. Jam 8.30 malam kami pergi sekali lagi membuat tinjaun kawasan muzium dan tanjung aru.Selesai untuk sesi hari pertama.

No comments: